Connect with us

Entertainment

“Tu orang pesan jgn seronok sgt, nasib baik pakai life jacket” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com A6be66d897247b6ae6f45cac2c61af1c

Macam-macam peel pengacara program realiti untuk menarik perhatian audiens. Ada yang jenis bersahaja, lucu dan tak kurang juga yang try hard. Apa pun seperti dua pengacara program realiti TV The Hardest Singing Show ini, Nabil Ahmad dan Rina Nose, kedua-duanya diakui mempunyai tarikan tersendiri. Aksi Nabil dalam program terbaharu ini antara menarik perhatian netizen.

Masakan tidak, dengan props ‘roda hamster’ di pentas, kedua-duanya cuba bermain dengannya. Pun demikian, nasib tak menyebelahi Nabil. Tergolek dibuatnya bila salah langkah.

Mediapuyu.com Cc721476c0c5aa5c09e61551cf0ccc87

Jika Rina ‘smooth’ saja pergerakannya di roda itu, sebaliknya Nabil lebih laju macam nak mengalahkan hamster sebenar. Tersilap percaturan memang mendapatlah jawabnya.

Kalau dah netizen ada sajalah komennya.. Ada yang melihat dengan gelagatnya itu Nabil tak padan dengan gelaran ‘haji’ disandangnya, tetapi ada pula yang bersikap sebaliknya.

Mediapuyu.com 8fe928c97ae39632c1c90bd09e0fbb93

Selain sebahagian netizen berpendapat tiada salahnya kerana sebagai lelaki Nabil tidaklah perlu pun terlalu ‘kontrol ayu’ seperti pengacara wanita. Nama pun program hiburan…

Apa pun mencuit hati pula apabila banyak komen netizen menyifatkan, ‘jaket terang’ dipakai oleh Nabil menjadi ‘penyelamatnya’ ketika jatvh tergolek itu.

Mediapuyu.com 78b5422bb7f41ddcd610ed530df02e13

“Tu org pesan jgn seronok sgt. Nasib baik pakai lifejacket”, “Berbaloi bayar life jacket tu. Function”, “sakiit perut gelak, tula ngelupo laju sgt lari konon nk tnjuk power dri rina rose la tu”.

“Memaluukan seperti dortmund”, “Nabil tu lelaki tak apa lagi..byknya dia tak pakai baju pun.kalau pmpuan layak la NK k3cam pun..hidup jgn serius sangat dan jangan terlebih syok sngat”.

Mediapuyu.com 74d8ff215679711b9bb35c114e9ace7a

Itu antara komen netizen. Chill-chill sudah netizen ya… Jadi pengajaran kita boleh dapat, apa pun pekerjaan ada risikonya. Doakan yang baik-baik saja sudah.

Stail jugalah Nabil dan Rina dengan sut jaket mereka itu. Rasanya selain pengacara, penyanyi program itu juga berdepan risiko apabila ada antara pesertanya dilihat menyanyi sambil melompat dan ‘tergaantung’.

Mediapuyu.com 83e6b21fc85fe3dc190812d516f6c063

Sumber: IG era.je

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!