Connect with us

Entertainment

“Ubai dukung Shila kecik haha” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 19bf8e4a43b18b8f12bc80ca49873205

Shila Amzah atau nama sebenar beliau Nurshahila binti Amir Amzah baru baru ini telah selamat mendirikan rumahtangga buat kali kedua dengan seorang personaliti media sosial Ubaidillah MZ.

Perkahwinan berkenaan merupakan kali kedua buat Shila Amzah setelah berpisah dengan bekas suaminya Haris Idraki Elias pada tahun lepas. Hasil perkongsian hidup berdua Shila mempunyai seorang anak lelaki bernama Seth Uwais yang kini berusia hampir 4 tahun.

Meskipun mempunyai jarak usia selama lapan tahun namun keperibadian Ubai yang sangat matang membuatkan Shila terpikat dengan pempengaruh media sosial tersebut.

Mediapuyu.com 3906e07d7ea4df1e7a10037f8f4f70f0

Menurut Shila lagi, hubungan beliau dengan jejaka berusia 25 itu tahun itu juga mendapat restu ibu bapa dan kenalan rapatnya. Hubungan percintaan pelantun lagu Cinta Hati itu dan Ubai mula didedahkan kepada umum pada Februari lalu selepas jatuh hati apabila terlibat dalam insiden skuter.

Sebagai rekod, hubungan pasangan ini pernah di gossipkan telah putus apabila Shila memuatnaik satu hantaran di Instagram dengan menulis kapsyen seolah olah memberikan bayangan telah berpisah dengan Ubai.

Mediapuyu.com 00c72518966b32ec8f8a836588aa1e69

Menerusi satu perkongsian di Instagram peminat Shila, satu video yang memaparkan Ubai bermain dengan Seth yang merupakan anak kepada Shila telah di kongsikan kepada para peminat.

Menurut kapsyen di video berkenaan, dulu Seth memanggil Ubai dengan panggilan abang namun kini panggilan berkenaan sudah berubah menjadi papa.

@nnashayanggg

dulu panggil abang, sekarang papa❤️ #shilaamzah #ubaimz #fyp #masukfyp

♬ Hingga Tua Bersama – Rizky Febian

Jodoh itu rahsia Allah. Siapa sangka daripada seorang rakan biasa Shila dan Ubai akhirnya bertemu jodoh menjadi pasangan suami isteri. Malahan Seth juga sudah serasi bersama Ubai dan selesa bermain bersama Ubai.

Walaupun masih muda, Ubai juga tidak kekok melayani Seth seperti anaknya sendiri. Apatah lagi raut wajah Ubai dan Seth juga seakan seiras dan sama.

Mediapuyu.com 8d8d8e42c9d0febf59cf77a6125ef7cb

Menjengah keruangan komen, netizen berkata meskipun Ubai dan Seth adakalanya kelihatan seperti abang dan adik namun sudah pun tertulis Ubai ialah jodoh Shila dan mendoakan rumahtangga yang baru di bina itu kekal hingga ke Jannah.

Namun begitu, ramai juga peminat yang memberikan komen positif dengan memberikan contoh artis wanita lain yang berkahwin dengan pasangan lelaki yang lebih muda dan kekal bahagia sehingga kini. Berikut di kongsikan komen komen netizen.

Mediapuyu.com Bd61784c6e98fc2ce397f04bed2baf78

Pandai Ubai melayan Seth macam anak sendiri. Patut lah Shila terpikat dengan Ubai ni. Walaupun umur Ubai jauh lagi muda daripada Shila tapi Ubai nampak matang dan mampu menjadi seorang suami dan papa yang baik untuk Seth.

sumber: tiktok sheilkfstoh

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending