Connect with us

Entertainment

“Untunglah anak ayam naik pelamin sekali bergambar” – Netizen

Published

on

Sudah setahun sehari berlalu rupanya baru ada masa untuk pasangan ini, Nad Zainal dan Engku Ismail Aziz, melangsungkan persandingan mereka yang telah tertunda sebelum ini.

Dan ia adalah pengalaman yang menarik kerana membawa anak mereka juga bersama diatas persandingan itu. Ramai yang hadir bersama juga rakan artis yang hadir pada majlis tersebut.

Perkongsian ini bukanlah kerana mereka bersanding selepas setahun berkahwin akan tetapi ia adalah melihat anak patong anak ayam juga turut dibawa ke atas pelamin. Ramai yang hadir pada majlis tersebut namun tidak ramai perasan anak ayam itu.

Menjadi perhatian apabila kapsyen Nad Zainal juga membuatkan ramai yang ketawa dan turut terhibur dengan adegan tersebut dan kelihatan anaknya yang membawa anak ayam itu tidak rasa bersalah pun.

Nad dan suami juga seorang yang tidak cepat melatah bahkan mereka juga turut memberikan ruang kepada anak-anak mereka. Seronok melihat keluarga ini kerana semua memahami sikap masing-masing.

Lihatlah video yang dikongsikan, ramai yang terhibur dan suka akan videonya dikongsikan oleh Nad Zainal ini. Malah ramai juga memberikan tanda sukaan dan komen pada perkongsian tersebut.

Nad dan Engku memang selalu bergandingan didalam drama mahupun didalam filem dan mereka juga berkahwin selepas bercinta pada sebuah telemovie yang bertajuk Cin4 But4. Mereka memang serasi apatah lagi bila berkahwin bertambah ahli peminatnya.

Mendapat perhatian apabila bersanding bersama anak ayam yang dibawa oleh anak perempuannya. Memang ia adalah sebuah kenangan yang terindah apabila pengalaman bersanding bersama anak-anak adalah kenangan manis juga.

Pelbagai komen yang diberikan kepada perkongsian Nad Zainal ini bahkan ramai yang suka dan sokong pula anak perempuan Nad Zainal, apatah lagi dia pun taktahu ada salahnya. Lihatlah antara komen mereka.

Walaupun mereka baru menyambut majlis perkahwinan akan tetapi sambutan amat luar biasa dengan kehadiran rakan taulan meskipun sebelum ini ramai yang mengatakan Nad tidak mempunyai kawan namun sebenarnya tidak sama sekali.

Sumber: ig nadzainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending