Entertainment
“Weh lain sangat muka Ayu, untung Ayu dpt bakal mak mertua yg baik dan gojes” – Netizen
Baru- baru ini satu perkongsian di media sosial penyanyi Nourul tentang pengalaman melahirkan anak perempuannya Ayu Nazirah telah mengundang pelbagai reaksi berikutan kenyataan dirinya yang telah ‘m4ti’ semasa membesarkan gadisnya itu. Ayu Nazirah adalah satu- satunya zuriat tunggalnya hasil perkahwinannya terdahulu bersama komposer terkenal Ajai sebelum pasangan itu berpisah pada 2007.
Nourul kemudiannya bertemu jodoh pula dengan seorang lelaki warga Perancis iaitu Eric Daniel Depp dan diserikan dengan kehadiran tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp yang kini berusia sepuluh tahun, Raphael Depp yang berusia lapan tahun dan Isabella Depp yang berusia empat tahun.
Selain berkongsi foto dirinya yang sedang hamil dan menceritakan pengalaman sebelum melahirkan Ayu kira-kira 25 tahun lalu, hantaran yang di muatnaik oleh Nourul itu antara lain meluahkan perasaan beliau sebagai ibu yang berjauh hati dengan anaknya apabila mendakwa dirinya dipinggirkan selepas anaknya mempunyai ibu baharu.
Sementara itu, komposer dan penyanyi Ajai yang merupakan bapa kepada Ayu Nazirah enggan masuk campur dan menganggap perselisihan faham antara bekas isterinya, Nourul Wahab dan anak sulungnya, Ayu Nazirah itu sebagai normal dan tak perlu diperbesarkan.
Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas turut memaklumkan konflik antara Nourul dan Ayu itu bukanlah perkara baharu kerana ia pernah beberapa kali terjadi sebelum ini. Ajai juga berpendapat isu tersebut adalah hal peribadi antara ibu dengan anak.
Ajai juga menganggap merajuk di antara ibu dan anak itu sebenarnya sesuatu yang normal. Dan beliau lebih selesa mengambil sikap berkecuali dan enggan menyalahkan mana-mana pihak berhubung kontroversi itu.
Luahan hati Nourul itu bagaimanapun telah mendapat perhatian daripada netizen sehingga ada netizen yang menggelarkan Ayu dengan gelaran anak d3rhaka. Sebagai bapa, Ajai berkata dia tetap menasihatkan Ayu supaya beralah dan terus menjaga hubungan baik dengan ibunya
Menerusi satu perkongsian di media sosial pelakon veteran Maria Farida, satu video yang memaparkan beliau dan anak perempuan kepada Ajai dan Nurul itu di muatnaik di akaun tiktoknya.
@mariafarida.official Happiest Birthday to my future Dil! may you have all the blessings this year.. with good health and happiness 💞
Maria Farida memuatnaik hantaran berkenaan bersama kapsyen untuk mengucapkankan selamat hari lahir kepada Ayu yang sudah di anggapnya sebagai bakal menantu.
Beliau juga turut mendoakan supaya bakal menantunya itu di berikan rahmat tahun ini dengan kesihatan yang baik dan juga kebahagiaan berpanjangan.
Mengintai ke ruangan komen pula, ada segelintir netizen yang baru tahu mengetahui mengenai pertunangan anak pasangan Nurul dan Ajai itu bersama anak lelaki Maria Farida yang bernama Mizan Ashley.
Netizen juga berkata Ayu beruntung kerana bakal menjadi menantu kepada ibu mentua yang sangat jelita dan baik hati. Maria Farida juga pernah mendedahkan bahawa anak lelakinya itu beruntung kerana di kurniakan seorang teman wanita yang sangat menyenangkan hati.
Gelagat Ayu dan Maria Farida di dalam video tersebut juga kelihatan seperti rakan sebaya memandangkan muka Maria Farida yang masih nampak muda dan langsung tidak kelihatan seperti usia sebenarnya.
Netizen menyifatkan bakal ibu mentua yang baik juga merupakan salah satu rezeki kurniaan Allah. Ayu juga dapat menumpang kasih memandangkan ibu kandungnya iaitu Nurul kini menetap di Indonesia, jauh di perantauan. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.
Terdahulu, Nourul pernah berkongsi gambar anaknya, Ayu Nazirah bersama teman lelakinya, Mizan Ashley yang juga merupakan anak kepada pelakon Datin Seri Maria Farida yang meraikan hari lahir bersama di sebuah restoran.
Sumber: tiktok mariafarida.official
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen