Entertainment
“Weh sumpah meremanggg, AAAA AMADDD” – Netizen

Lazimnya, bila sebut nama Amad, anak kepada penyanyi Siti Saerah, iaitu Ahmad Fikri atau mesra dipanggil Amad ini ramai tahu dia antara peserta paling menyerlah dalam program realiti nyanyian di pentas, Talk To My Manager (TTMM).
Lihat saj4lah rakaman sesi rehearsal ini yang menunjukkan Amad bersama penyanyi bersuara lantang, Nadeera, tampil dengan penuh keyakinan dan vokal yang benar-benar padu sampai ramai netizen naik bulu roma, tatkala latihan berpadu suara. Sama-sama ‘naik’ Amad seperti penyanyi berpengalaman itu.
Menerusi perkongsian video berkenaan, Amad, yang juga anak saudara kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu dilihat beraksi dengan gaya bersahaja namun bertenaga. Nada suaranya jelas dan kawalan vokalnya kemas walaupun hanya sesi latihan.
Ramai netizen memuji bakat besar yang ada pada Amad. Lebih-lebih lagi apabila dia mampu berdiri seiring dengan Nadeera — penyanyi berbakat besar yang terkenal dengan lontaran suara tinggi dan kawalan nada luar biasa.
Antara pujian lain, ramai kata Amad nampak tenang, yakin, dan sangat fokus sepanjang latihan. Malah, ada yang pasti kalau dia kekalkan momentum tu sampai ke malam pertandingan, tak mustahil bakal muncul juara.
Namun begitu, difahamkan pada malam sebenar final TTMM, Amad tidak sihat hingga terpaksa menyanyi dalam keadaan menahan saakit. Sudahnya prestasinya sedikit menurun berbanding ketika rehearsal — dikatakan mengalami masalah pernafasan dan saakit dada ketika hendak membuat persembahan.
@rocketfuelent Inilah video rehearsal @⚗️AMAD⚗️ X @Nadeera sehari sebelum Grand Finale Talk To My Manager. Kami doakan semoga amad cepat sembuh dan terus kuat ok💪🏼🫶🏼 #Nadeera #BukanLagiKita #TalkToMyManagerMYY #TTMM
♬ original sound – Rocketfuel Entertainment – Rocketfuel Entertainment
Netizen yang ikuti perjalanan Amad sepanjang program tersebut turut meluahkan rasa simpati, namun kagum dengan semangat juangnya.
“Dah agak suara Amad bgs cuma benda tu buat dia saakit,” tulis seorang netizen. “Kesian kat Amad.. mcm tak adil utk dia. Struggle perform sampai ke final menjunam no6..,” kata seorang lagi.
“Tahan saakit sambil nangis dia nak abiskan dua lagu tu,” tambah netizen lain. “Nasib ada post rehearsal baru kita boleh tgk Amad nyanyi dgn betul,” dan “WEH SUMPAH MEREMANGGGG, AAAA AMADDD,” komen netizen lain yang nyata masih kagum dengannya.
Pada pentas akhir TTMM lalu, tular juga rakaman detik Amad di pentas ketika persembahan, Saerah terpaksa setia di sisinya masa dia membuat persembahan sebelum ‘tumbang’ dan perlu didukung keluar.
Apa pun tangisan kegembiraan mengiringi Marsya Qistina dan penyanyi, Liza Hanim yang bergelar pengurusnya ketika diumumkan sebagai Juara TTMM menewaskan Amad termasuk yang lain. Semua peserta pun hebat..
Sumber: TT Rocketfuel Entertainment
-
Entertainment1 year ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment2 years ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment2 years ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment2 years ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment4 months ago
“Arwah adik saya memang tak pernah jumpa Wani, Kami kenal Wani pun masa dia dah takde” – Kakak Mustaqim
-
Entertainment2 years ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment2 years ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment2 years ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen