Connect with us

Entertainment

“Wehh kena siak lagu ni dgn dia hahaha, menceritakan segalanya”- Shu Shukri

Published

on

Pelakon Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner baru sahaja melangsungkan pernikahan bersama cinta hatinya iaitu pelakon Dini Schatzmann sekitar bulan Jun yang lalu.

Ketika ini, berita keretakan hubungan rumahtangga pasangan artis sering mendapat perhatian meluas media. Apatah lagi sejak awal tahun ini beberapa pasangan artis di landa ujian dalam rumahtangga kerana kehadiran orang ketiga.

Sewaktu berangkat untuk menunaikan umrah awal bulan ini, Janna turut berpesan kepada suaminya itu supaya ‘jangan gatal- gatal’ sepanjang ketiadaan beliau di Malaysia.

Meskipun begitu, Janna juga tidak dapat menahan perasaan sebak terpaksa berpisah dengan suami tercinta buat sementara waktu.

Apatah lagi, Janna dan Dini juga masih lagi dalam fasa honeymoon dan juga boleh di katakan masih merupakan pasangan pengantin baru kerana baru saja melangsungkan pernikahan sekitar bulan Jun yang lalu.

Terbaru, satu muatnaik video terkini di Instagram Janna untuk mempromosikan drama terbarunya iaitu Melastik ke Hatimu 2 di kongsikan di Instagram.

Setelah mencapai kejayaan besar dengan meraih hampir 10 juta penonton pada tahun 2021, drama Melastik ke Hatimu kini kembali mengisi slot lestary TV3.

Pasangan serasi di dalam drama ini iaitu Janna Nick dan Andi Bernadee masih lagi di kekalkan sebagai gandingan utama. Drama Melastik Ke Hatimu 2 ini juga menampilkan barisan pelakon seperti Hafidz Roshdi, Dato’ Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan, Puteri Sarah Liyana.

Di dalam video yang di kongsikan tersebut, Janna Nick berkongsikan gelagat beliau bersama seorang lagi pelakon drama tersebut iaitu Hafidz Roshdi sedang menyanyikan lagu berjudul Cinta Tiga Segi nyanyian kumpulan Kristal.

Gandingan Janna dan Hafiz menyanyi bersama di dalam video itu meraih perhatian netizen memandangkan sudah lama tidak melihat Hafidz Roshdi muncul di mana mana drama selepas kecoh isu k0ntroversi melibatkan rumah tangga pelakon lelaki itu awal tahun ini kerana mempunyai orang ketiga.

Menjengah ke ruangan komen pula, hantaran di Instagram Janna Nick tu menerima pelbagai reaksi dan komentar daripada para netizen.

Malahan bekas isteri Hafidz Roshdi iaitu Shuhada sendiri turut menulis komen memberikan pendapatnya bahawa lagu yang di nyanyikan oleh Hafidz Roshdi di dalam video yang di kongsikan Janna itu mempunyai lirik yang sebenarnya menceritakan kisah peribadi Hafidz Roshdi sendiri.

Sebagai info, Shuhada berkata punca keretakan rumahtangga beliau dan Hafidz Roshdi sebelum ini adalah di sebabkan oleh kehadiran orang ketiga yang di juga merupakan kkasih lama Hafidz Roshdi. Berikut di kongsikan komen Shuhada berkenaan.

Terdahulu, K0ntroversi rumahtangga Hafidz Roshdi mendapat perhatian meluas netizen ketika itu, apatah lagi k0ntroversi rumahtangga pelakon lelaki itu juga berlaku pada masa yang sama dengan isu rumahtangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan juga pengarah tersohor Syamsul Yusof.

Namun k0ntroversi berkenaan akhirnya berakhir apabila mahkamah telah mengesahkan t4lak yang di lafazkan Hafidz Roshdi kepada isterinya Shuhada Shukri. Hafidz Roshdi dan isterinya Shuhada Shukri di laporkan telah berpisah secara rasmi pada 27 Julai lalu.

Sumber: ig jannanick

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending