Entertainment
“Wow cantik mcm pengantin baru”- Netizen
Menjadi seorang yang gemar berfesyen tidak mudah buat selebriti dan usahawan terkenal Noor Neelofa memandangkan beliau kini sudahpun tampil dengan imej berniqap. Baru- baru ini penampilan beliau di sebuah acara menjadi sorotan dan menerima teguran oleh netizen kerana berlebihan dalam berpakaian dan tidak menunjukkan imej seorang wanita berniqap. Menurut pendapat netizen, baju yang di sarung oleh Neelofa di rasakan tidak sesuai dengan imej berniqab.
Bagaimanapun, Neelofa mendedahkan penampilan dan gaya pemakaian beliau sebenarnya sentiasa mendapat keizinan daripada suaminya sebelum beliau berani keluar rumah.
Neelofa turut memberitahu beliau akan segera menukar pakaian sekiranya suaminya menegur pakaian berkenaan tidak sesuai untuknya. Bagi dirinya selagi tidak menampakkan susuk tubuh, bentuk peha, betis dan tudungnya pula sentiasa di labuhkan, dalam erti kata lain menutup aurat dengan sempurna jadi semuanya sudah cukup.
Neelofa berkata diirnya tidak dapat mengawal segala kecaman netizen dan mengakui beliau masih perlu banyak belajar dan akan sentiasa menambah baik dirinya pada masa akan datang.
Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram salah seorang peminat Neelofa iaitu Lofa World, satu perkongsian terbaru Neelofa telah di kongsikan kembali di Instagram berkenaan buat tatapan para peminat Neelofa yang lain.
Video yang berdurasi beberapa saat yang di kongsikan di Instagram Lofa World itu merupakan salah satu sedutan video yang di buat untuk mempromosi produk terbaru inai jenama Nunha.
Masih mengekalkan konsep seperti video promosi inai mereka sebelum ini, Neelofa dan suaminya pendakwah bebas PU Riz masih lagi menjadi model untuk video promosi Inai tersebut.
Di dalam video pendek yang di kongsikan itu, PU Riz di lihat memakai baju seperti pengantin sementara Neelofa pula memakai busana berwarna putih dengan perhiasan di bahagian kepala.
Pasangan itu juga merakamkan sesi fotografi tersebut dengan membuat gaya yang cukup romantis namun masih lagi bersederhana dan sopan.
Mengintai ke ruangan komen, netizen berkata hantaran video berkenaan membuatkan mereka bersemut kerana melihat gelagat pasangan suami isteri itu yang sangat mesra dan romantik.
Netizen juga memuji penampilan Pu Riz dan Neelofa bagaikan pasangan pengantin baru apabila menyarung busana berkenaan untuk sesi fotografi video promosi produk inai mereka. Berikut di kongsikan komen- komen yang di tulis Netizen di ruangan komen hantaran tersebut.
Sebagai rekod, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumahtangga pada 27 Mac 2021 dan di kurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Sumer: Lofa World
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen