Connect with us

Entertainment

“Ya Allah baru nampk Ina Naim menitiskan airmata, semoga Ina kuat ya” – Netizen

Published

on

Semenjak pemergian suaminya 15 November lalu tak nampak dirinya menitiskan setitis air mata pun yang dikongsikan di mana-mana media sosial. Justeru wanita ini terlihat tenang dan tabah. Ramai menebak dirinya mampu menghadapi dugaan ‘keh1langan’ Suhaimi Saad yang terlebih dahulu menghadap Ilahi.

Pun demikian, hantaran kali ini yang berkongsi kelibat penyanyi, Diana atau Ina Naim yang menitiskan juga air matanya menimbulkan tanda tanya situasi wanita itu kini. Masih teguhkah dia ‘bertahan’?

Melihat kecekalannya sebelum ini, ramai masih percaya Ina masih kuat menghadapi dugaan hidupnya. Cumanya ramai meneka air matanya kali ini ada makna tersendiri.

“Ya Allah bru nmpk ina naim mnitiskan airmta. Semoga ina kuat ya..”, “Dalam hati Ina mesti cakap ngn suami dia, semua syg Abg syg ina ank2. Kenapa aku plk ngis ni”, “ Dia nangis bkn sbb ss xde. Dia nangis sbb ramai yg syg”.

@madamtiass

Pertama kali sampai Felcra Sungai Ara,Kota Tinggi..disambut baik oleh keluarga Ina walaupun mereka dalam keadaan berduka. #suhaimisaad#alfatihah

♬ Muhasabah Cinta – Lia Syila

“Dia sebak menangis bukan kerana keh1langan, xpi kerana kehadiran insan2 prihatin..dan doa2 kalian. Moga Allah angkat angkat darjat Ina Naim sekeluarga”.

Itu antara komen netizen. Biarpun menangis, tenang saja nampak riak air muka Ina. Sudah tentu juga agaknya Ina menitiskan air mata terharu dengan kebaikan diterimanya.

@madamtiass

KakNik telah sempurnakan amanah daripada jiran dan rakan² untuk Ina dan anak²..terimalah dik dengan rela hati walaupun tidak bersedia tetapi kami juga ingin memanjangkan pahala kami dengan menyantuni anak² yatim. #suhaimisaad#alfatihah

♬ Sampai Aku Mati – Gerry haryanto

Dalam pada itu ada juga merasakan sekuat mana pun seorang wanita, pasti satu saat akan menitiskan air mata jua. Hanya Ina yang tahu apa gelodak ada dalam hatinya.

Masakan tidak, jika sebelum ini walaupun kehidupan mereka dilihat serba kekurangan hingga ‘tiada mesin basuh’, namun tak pernah pula meminta-minta.

Kini setelah ketiadaan Suhaimi atau digelar SS, ramai pula mengambil berat dan nampak sayang pada Ina. Mvngkin juga dek kebaikan SS yang banyak berkongsi ilmu semasa hayatnya.

Arw4h Suhaimi juga bekas penyanyi kumpulan In-Team mula batuk teruk sejak Ogos lalu dan kesihatannya makin merosot awal Oktober selepas mengalami cirit-birit sehingga susut berat badan sebanyak 20 kilogram.

Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Ina pada 12 Ogos 2007 men1nggalkan empat anak, Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.

Sumber: TikTok Madam Tiass

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending