Entertainment
“Ya Allah, dalam situasi begitu pun suami dia bole jawab dgn tenang ja, respek” – Netizen
Pasti seseorang itu mempunyai kelebihan di sebalik pandangan orang lain yang nampak dirinya mempunyai kekurangan. Seperti selebriti nan seorang ini, umum maklum yang dirinya dikurniakan dengan dua cahaya mata kembar orang istimewa autisme iaitu Azal dan Azil. Gelagat dan kerenah dua anak dibesarkannya itu acap kali dikongsikan oleh pelakon, Zarina Zainuddin. Setidak-tidaknya netizen dapat belajar sesuatu daripada perkongsiannya.
Hantaran Zarina kali ini tentang peristiwa berlaku pada dirinya juga menarik perhatian. Zarina berkongsi yang dirinya tertinggal passport.
Hinggakan marah sungguh Azal yang bersamanya ketika itu dengan terkeluar perkataan ‘bod0h’ kepada ibunya itu.
Apa yang menarik perhatian netizen apabila selain tampak bersabar, Zarina cuba memujuk anaknya itu dengan memberikan alasan mengapa itu berlaku.
Menurut Zarina passport mereka berdua tertinggal kerana beliau telah menukar begnya. Begitupun Azal marah hingga menyuruh menghubungi bapanya.
@zarinazainuddinzz Huhuhu kena marah dengan azal pasport tertinggal .. macamana nak masuk Singapore 🥲
♬ original sound – Pulut Kuning Zarina Zainuddin – Pulut Kuning Zarina Zainuddin
Agak mengharukan, pasti orang lain ketika dalam situasi itu akan ditempelak pasangan gara-gara ‘cuai’, begitupun tidak pada Zarina.
Ketika ‘loud speaker’, Zarina memaklumkan masalah dihadapi dirinya dan Azal seakan dirinya terus ditenangkan suami, Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar.
Mana taknya tenang kedengaran suara suaminya itu menjawab, biarpun Zarina membayangkan meminta tolong seseorang menghantar passport itu. Gamaknya sudah jauh perjalanannya.
“Bkn azal je akn mrh..rasanya suami2 kt mlysia pn akn mrh klu bini2 trtgl brg yg penting”, “Tukar beg tukar beg naik daarah azal”, “Pergh kene maaki gitu je”.
“Tenang jerr Suami dia jwb…”, “Ya allah. dlm situasi begitu pun suami dia bole jawab dgn tenang ja. respek”, “Tenang je suami dia..kalu lelaki lain MMG kena bebel bebakul”. Itu antara komen netizen.
Sumber: TikTok Pulut Kuning Zarina Zainuddin
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen