Entertainment
“Yang Mommy tahu skincare Safi Rania je, menatang apa hang sebut” – Che Ta
Rozita Che Wan atau lebih mesra di panggil Che Ta ini sememangnya seorang wanita yang handal melaram malah sentiasa tampil glamor dari hujung kaki sehingga hujung kepala. Walaupun sudah mencecah usia 50an, Rozita Che Wan sentiasa cantik dan bergaya persis anak dara. Rozita lebih mesra di sapa sebagai Che Ta dalam kalangan peminat.
Che Ta merupakan antara selebriti yang sangat aktif di media sosial kerana mempunyai ramai pengikut dan sangat aktif untuk mempromosikan pelbagai perniagaan yang di usahakan oleh beliau di platform berkenaan.
Gelagat Che Ta bukan sahaja meraih perhatian ramai malahan gelagat anak daranya juga sentiasa menjadi perhatian netizen sejak daripada bayi.
Satu- satunya anak perempuan Che Ta iaitu Aisyah Dhia Rana baru sahaja menyambut hari lahir pada 1 November yang lalu. Menginjak ke usia Sembilan tahun, Aisyah sudah semakin membesar dan semakin pand4i bergaya.
Aisyah sering mendapat perhatian ramai sejak daripada kecil kerana kanak- kanak berkenaan bukan sahaja berstatus anak kepada selebriti terkenal Che Ta dan Zain Saidin malahan Aisyah mempunyai para pengikut yang tersendiri kerana rupa parasnya yang menawan dan sering muncul dengan gelagat yang mencuit hati.
Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram Aisyah, Che Ta bertanyakan kepada anak perempuannya itu mengenai hadiah yang anaknya itu inginkan sebagai hadiah sempena hari kelahirannya.
Che Ta berkata, beliau mendapat khabar bahawa anak perempuannya itu inginkan beberapa produk penjagaan wajah sebagai hadiah hari jadi. Lalu Che Ta bertanyakan kepada Aisyah mengenai produk penjagaan wajah yang di inginkan oleh anaknya itu.
Mendengarkan pertanyaan ibunya, Aisyah kemudiannya menyenaraikan beberapa jenama produk penjagaan wajah yang belum di belikan oleh ibunya. Bagaimanapun jenama- jenama yang di sebut oleh Aisyah itu belum pernah di dengar oleh Che Ta.
Antara jenama produk penjagaan wajah yang di sebuk oleh Aisyah tersebut adalah Glow Recipe, Drvnk Elephant, The Ordinary, Sol De Janeiro dan banyak lagi yang belum di belikan oleh Che Ta.
Che Ta yang hanya tertawa mendengarkan permintaan Aisyah berkata bahawa beliau tidak tahu mengenai jenama produk penjagaan wajah yang di minta oleh Aisyah dan hanya tahu mengenai salah satu produk penjagaan wajah keluaran Malaysia iaitu Safi Rania.
Menjengah ke ruangan komen pula, netizen rata- ratanya berkata mereka juga seperti Che Ta dan tidak pernah mendengar jenama penjagaan wajah yang di senaraikan oleh Aisyah berkenaan.
Namun begitu, netizen juga sempat berpesan kepada Che Ta agar membelikan produk penjagaan wajah yang selamat untuk di gunakan oleh kanak- kanak berbanding hanya menuruti sahaja membelikan produk yang di minta oleh Aisyah itu.
Netizen juga berkata mereka merasakan Che Ta sangat merendah diri apabila hanya mengetahui mengenai produk penjagaan wajah keluaran tempatan seperti Safi Rania berbanding pelbagai jenama antarabangsa yang di senaraikan oleh anaknya Aisyah. Berikut di kongsikan komen- komen netizen terhadap perkongsian Che Ta tersebut.
Video yang di kongsikan oleh Che Ta di Instagram Aisyah tersebut meraih sebanyak 24.4 ribu tanda suka, dan menerima hampir 194 komen daripada para pengikut akaun kanak- kanak berkenaan.
Sumber: ig aaisyahdhiarana111
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen