Entertainment
“Yang suaminya mmg melatah, tp sejak bila bini dia ikut sama melatah, comel jee” – Netizen
Drama Aku Bukan Ustazah yang kini sedang ditayangkan di slot Akasia TV3 telah mendapat sambutan yang hangat sekaligus mencetuskan fenomena di laman sosial media. Dengan barisan pelakon yang hebat, ternyata drama berkenaan menerima diminati ramai penonton. Barisan pelakon juga hebat-hebat belaka antaranya Erysha Emyra, MK K-Clique, Zahiril Adzim dan ramai kagi.
Salah satu watak lakonan yang menjadi bualan hangat netizen ialah watak Dr Omar yang dibawa oleh pelakon Zahiril Adzim. Watak antagonis dilakonkan oleh Zahiril telah berjaya membuatkan netizen berasa geram terhadap beliau berikutan watak dipegangnya.
Fenomena drama Aku Bukan Ustazah juga telah membawa kepada idea pemasaran bagi salah sebuah produk tempatan iaitu Pak Mat Western. Siapa sangka, gabungan lakonan Zahiril bersama isteri sebenar, Shera Aiyob menerusi video content Pak Mat Western telah mencuri perhatjan netizen.
Menerusi video dikongsi di laman Tiktok, kelihatan hubungan Zahiril dan Shera cukup mesra seperti pasangan baru bercinta.
Video berkenaan juga turut menunjukkan personaliti sebenar Shera yang kuat melatah dan ternyata suaminya juga kuat menyakat.
Walaupun pasangan suami ini sudah dikurniakan cahaya mata, hubungan mereka cukup mesra dan sifat Zahiril sangat berbeza jika dibandingkan dengan watak Dr Omar yang dipegang oleh Zahiril menerusi filem Aku Bukan Ustazah.
@pakmatwesterncafee Lain Omar bila dengan isteri sebenar 😂 #akubukanustazah #fyp #foryou
Melihat pada ruangan komen, ramai netizen terhibur melihat gelagat Zahiril dan Shera kuat melatah menerusi video berkenaan.
Pelbagai reaksi telah diberikan oleh netizen dan terkejut melihat pasangan suami isteri ini rupanya memiliki perangai yang sama.
Sama cantik sama padan, itulah yang dapat digambarkan oleh netizen apabila melihat kemesraan Zahiril dan isteri tercintanya.
Tak sangka Shera dapat tawaran berlakon dalam video content produk popular. Memang terbaik tengok gabungan lakonan Zahiril dan Shera. Boleh lah Shera kembali berlakon lagi.
Sumber: Tiktok Pakmatwesterncafee
-
Entertainment11 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment9 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment11 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen