Connect with us

Entertainment

“Zul Arifin standby nak lari haha” – Netizen

Published

on

Mediapuyu.com 23fa22ce7feeb2dcea874684979222a4

Sekali sekala berada di pentas anugerah berprestij tentulah sesuatu yang boleh dibanggakan. Jika selama ini hanya berada di anugerah tempatan, kali ini berpeluang menyerlahkan diri di peringkat lebih tinggi, perlulah menonjolkan diri sebaiknya. Ini yang dapat dilihat kepada pelakon berbakat besar Zizan Razak pada majlis Malaysia Golden Global Awards (MGGA) 2024 di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, semalam. Hinggakan Zizan pun perlu guna bahasa ‘antarabangsa’…

Seperti dikongsikan dalam hantaran ini semasa majlis itu, Zizan ditemuramah dalam bahasa Inggeris. Begitupun, dia yakin menjawabnya.

Mediapuyu.com 57f061fc26172b9ea861eab30ed989c2

Agak mencuit hati netizen apabila dia menjawab penuh lancar dalam bahasa Inggeris, tiba-tiba ‘tersangkut’ dek ada perkataan yang dia tak pasti.

Sudah namanya pelawak, selamba saja Zizan bertanya perkataan itu kepada rakan art1s di sebelahnya ketika itu iaitu aktor, Zul Arifin.

Mediapuyu.com 45573d7216e5dc43d5f553d5efd2f6c9

Mujurlah ada Zul yang bantu memberikan terjemahan. Pun demikian gaya Zul dari mimik mukanya yang asyik tersenyum menggamit sesuatu.

@radiotelevisyenmalaysia

Cuba bagitahu apa yang Zizan Razak maksudkan dalam bahasa Inggeris tu 🙌🏻😌 #7MalaysiaGoldenGlobalAwards2024 #RTMKlik @zizanrazak869

♬ original sound – RTM Malaysia Official – RTM Malaysia Official

Ada meneka Zul yang gemar ketawa itu pastinya turut terhibur dengan teletah Zizan yang jenis selamba saja. Macam itulah kawan…

Mediapuyu.com E51f73266f4b5d49ee28a5e3a7a09189

“Sebutan dah power…. tetibe… “peranan apa”… anyway international…”, “Kau sama mcm kau bro.pedulik lah apa org ak kata janji mecuba”.

“Dahla zul arifin tu kaki gelak..bedekah kwn tu..mana nk menahan gelak lg”, “Nasib ada bang jul ripin kan”, “Pitih banyak , g la kelas”.

Mediapuyu.com Aec7996adc390fc0efa79d64b2ecfef9

Itu antara komen netizen di ruangan komen. Biasalah tu, bila sesekali bercakap dengan bahasa bukan ibunda kita, kadang ada perkataan terlupa.

Apa pun memang selamba saja Zizan menjadi diri sendiri. Yang penting keyakinan diri dalam berkomunikasi bukan… Lain-lain nombor 2…

Mediapuyu.com 59b715e27414b1d79d5b22c2ff86eabe

Sumber: TikTok RTM Malaysia Official

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending

error: Amboi, wat pe tu!!