Entertainment
“Awat ada iras Abang Tesla wehhh” – Netizen
Wahh sekali pandang nampak mereka pasangan bahagia. Serasi bersama penampakannya. Menariknya tak kurang netizen yang mendoakan agar jika benar serasi mereka dapat ke jinjang bahagia akhirnya. Rupanya pengacara dan pelakon, Sherry Alhadad sudah lima tahun mengenali diri, pemuda bernama Amir Moktar ini.
Membaca perkongsian Amir di TikTok, coretnya dia bertemu wanita itu pada Julai 2019 ketika pulang dari pejabatnya dan mengisi petrol di sebuah stesen minyak. Pada waktu itu, kereta Sherry diparkir bersebelahan keretanya.
Ketika pertemuan pertama di Kota Damansara, dekat ibu negara itu, ceritanya dia memberanikan diri menegur Sherry yang disifatnya seorang yang mesra dan merendah diri. Kebetulan berdekatan, Amir meminta keizinan berswafoto bersamanya.
Entah apa perasaannya waktu bibit pertemuan itu, Amir mengakui tangannya rasa bergetar dapat berjumpa Sherry. Tak tahu pula sama ada tulang rusuknya ikut getaran sama. Macam sweet pula kan., Lepas beberapa bulan mereka berkawan.
Kata Amir sejak itu Sherry juga menjadi kliennya. Dia juga mengakui gemar berkawan dengannya yang tak lokek dengan senyuman. Kata Amir, dia meminta maaf kerana tahu Sherry ramai peminat dan dia salah seorang daripadanya.
@amirmoktar86 Seperti yang dijanjikan, saya ceritalah macam mana saya boleh kenal Sherry. Sedar tak sedar rupanya dah 5 tahun kami berkawan. July 2019, saya baru balik dari meeting di office, dan kemudian lunch bersama geng kutu di KL, otw balik singgah isi minyak di salah sebuah stesen minyak di Kota Damansara. Kereta beliau di sebelah kereta saya. Saya tegur beliau, ya beliau sangat humble dan friendly. Beliau yang datang ke kereta saya, dan saya minta izin utk selfie, masa tu ketar tangan saya. Alhamdulillah rezeki dapat jumpa beliau. Dan selepas beberapa bulan berkawan, beliau menjadi client saya. Saya faham beliau mempunyai ramai peminat, saya salah seorang dari kalian. Ramai sayangkan beliau. Maafkan kalau video saya sebelum ni mengundang rasa tidak senang dikalangan peminat-peminat beliau. Ya saya sangat berbangga dapat berkawan dengan beliau. Insan baik yang tak pernah lekang dengan senyuman.
Ha.. gitu. Pastinya permohonan maaf Amir buat peminat yang sudah lama menyimpan hati dan perasaan pada Sherry gamaknya. Tak apalah….masih ada peluang. Mana tahu nasib akan menyebelahi Amir.
Terdahulu cerita Amir dia mengimbas kembali bagaimana pertemuannya dengan Sherry dek sudah menjanjikan untuk berkongsi berikutan tak kurang yang mahu tahu kisah pertemuannya dengan wanita itu.
Dalam masa sama, agak mencuit hati juga apabila netizen di ruangan komen ramai menegur rupa paras Amir. Kata mereka wajahnya seakan lelaki berbini dua yang sedang viral pada masa ini, iaitu Abang Tesla. Macam-macam ya…
“awat ada iras Abang Tesla weh”, “Dulu I pun ada best friend. Dia dah tunang. I pun ada pilihan hati sendiri. Tapi tak tau camne sekarang boleh terjadi suami”, “Comelnya korang”, “Ada bau nasik minyak ni”.
“Macam muka Abang Tesla. Tapi perangai jangan sama pulak tau”, “Tapi kan Kalau kawin dgn bff mmg bahagia. Byk contohnya”, “Haha.. mula2 ingat Abg Tesla. Nasib cepat baca nama n captions”. Itu antara komen netizen.
Sumber: TikTok Amir Moktar
-
Entertainment10 months ago
“Selamat pengantin baru Sherry, tak jemput pun” – Netizen
-
Entertainment7 months ago
“Haha aku terhibur la tengok Aqish tu, banyak makan gula ni” – Netizen
-
Entertainment8 months ago
“Satu family kena gula2 ke camne ni hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Sherry memang yg kawan baik, kawan jtuh gelak dulu baru tolong hahaha” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Anisha sangat elegan, dia selalu tersenyum” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“Kakak Ameerah Bolkiah, happy birthday, miss you” – Anak Azrinaz Mazhar Hakim
-
Entertainment1 year ago
“Dah berumur pun cantik, macam Amy Mastura” – Netizen
-
Entertainment10 months ago
“No sensored la Abang Arash ni, saakit perut kita gelak tak berhenti” – Netizen