Connect with us

Entertainment

“Kesian Janna hari2 boleh tahan Mas Idayu sound dia” – Netizen

Published

on

Bagi yang berjiwa sentim3ntal, sekali kena ‘bambu’ dengan kata-kata yang mengguris hati dan perasaan oleh seseorang, boleh sentap juga dibuatnya. Kalau sekali dua gamaknya bolehlah diterima, tapi jika dah kerap sangat dilemparkan dengan kata-kata seumpamanya, siapa saja yang tahankan. Pun demikian, kata-kata sedemikian yang kedengaran kaasar di telinga netizen, macam tak jadi kudis pula buat selebriti, Janna Nick.

Seperti dalam hantaran ini, rileks saja reaksinya sebaik di’kata’ oleh juri program realiti bermulut ‘b1sa’, Mas Idayu bahawa dirinya seorang yang ‘otak senget’ atau bahasa kasarnya kurang cerdik.

Terdahulu Janna ketika itu memperkenalkan juri dan mengulas fesyen hiasan serta busana dikenakan oleh Mas Idayu pada minggu sebelumnya berbanding pada minggu ini.

Tampak wajah bengangnya dengan contoh diberikan Janna, Mas Idayu pun membalas dengan kata-kata ‘otak senget’ itu kepada Janna pula. Huishhh macam-macam.

Rupanya kalau nenurut netizen di ruangan komen, ini bukanlah kali pertama mereka ‘saling mengata’ satu sama lain. Bahkan Janna juga dah banyak kali dikenakan balik oleh Mas Idayu.

Kalau orang lain pasti boleh panas telinga dan hati dengar kata-kata pada batang hidung Janna, peliknya tu, tahan pula Janna dengan ucapan Mas Idayu yang mesra digelar Mummy ini.

“Kesian Janna hari2 kena tahan Mas Idayu sound dia”, “Aa sebab tu dia kutuk Mas Idayu teruk jugak”, “Sapa la yg bagi si Janna ni pengacara… Aduh”, “Semua dalam skrip. Korang jgn marah Janna ha..”.

“Kan… Setepek kat muka. Mummy i love u”, “Apasal nak kena terpekik2 Janna ni, tak boleh cakap betul2 ke. She is trying too hard”, “Mmg betul otak dia senget. Cakap asek tersasul2..”.

Itu antara kata netizen di ruangan komen. Agak mencuit hati apabila tak kurang juga netizen menyifatkan bahawa Janna dan Mas Idayu lebih kurang sama saja perangai mereka.

Ada juga yang merasakan skrip dilontarkan Janna sudah ditulis dan sudah dibayar untuk jadi hos ‘batu api’ seperti pernah diakuinya. Apa pun hanya mereka yang tahu. Sabarjelah ya…

Sumber: IG TV3 Malaysia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending