Connect with us

Entertainment

“MasyaAllah cantiknya isteri Farid Kamil bertudung”- Netizen

Published

on

Pasangan pelakon Diana Danielle dan bekas suaminya Farid Kamil baru- baru ini di khabarkan sudah berbaik dan di katakan sudahpun kembali bergelar pasangan suami isteri.

Ketika satu temubual di jalankan, Farid Kamil mengakui dan mengesahkan bahawa beliau dan Diana sudahpun rujuk sebagai suami isteri dan merancang untuk ke mahkamah syariah bagi proses yang selanjutnya.

Ketika di minta mengulas lanjut, dalam temubual berkenaan Diana juga berkata kepuutusan yang dilakukan mereka berdua ini adalah kerana anak-anak. Ujar aktres ini lagi, dia juga melihat perubahan positif daripada mereka berdua setelah mereka berpisah.

Di sebabkan perubahan positif itulah yang membuatkan Diana berkata dirinya kembali terbuka hati untuk menjalani kehidupan berkeluarga semula bersama Farid dan anak- anak. Apabila ditanya mengenai penerimaan keluarga, Diana berkata kedua-dua belah keluarga mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Untuk rekod pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid telah sah berc3rai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan miliki dua orang cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Menerusi satu perkongsian di Instagram peminat Neelofa iaitu Lofa Page, satu perkongsian terbaru mengenai usahawan berkenaan telah di muatnaik buat tatapan para peminat.

Di dalam hantaran terbaru itu satu gambar yang memaparkan pelakon dan penyanyi Diana Danielle telah terpilih menjadi model tudung bagi jenama Naelofar telah di kongsikan.

Neelofa juga turut mengambil kesempatan untuk merakamkan foto kenangan beliau bekerjasama bersama Diana semasa di set fotografi bagi jenama tuudng tersebut.

Khabarnya semasa Diana sedang sibuk menjalani sesi fotografi berkenaan, Farid Kamil telah membuat kejutan kepada Diana dengan menghadiahkan Diana satu jambangan bunga buat isteri kesayangannya itu.

Momen Farid menghadiahkan jambangan Bunga berkenaan kepada Diana ketika di set fotoshoot itu turut di kongsikan oleh Neelofa di instastorynya dan kemudiannya di kongsikan kembali oleh Diana di instastory peribadi beliau.

Tulis Neelofa di instastorynya itu, usahawan tudung Naelofar itu menandakan media sosial milik suaminya iaitu pendakwah bebas PU Riz supaya turut menghadiahkan beliau satu jambangan bunga namun membuat permintaan khas supaya di hadiahkan bunga berwarna biru.

Mengintai ke ruangan komen pula, rata- rata netizen memuji kejelitaan wanita yang kembali bergelar isteri kepada pelakon dan pengarah Farid Kamil berkenaan.

Netizen juga berkata tudung yang di gayakan oleh Diana juga sangat sesuai dengan wajahnya yang lembut dan jelita kerana berwarna lembut dan mempunyai corak yang feminin.

Netizen juga mendoakan supaya isteri Farid Kamil itu terbuka hati untuk berhijab dan memuji kejelitaan Diana yang lebih menyerlah apabila bertudung. Berikut di kongsikan antara komen- komen netizen di hantaran tersebut.

Terdahulu, khabar gembira Diana dan Farid Kamil yang kembali rujuk sebagai suami isteri setelah hampir sebulan berpisah sangat menggembirakan para peminat apabila kedua duanya sepakat untuk kembali menjalani kehidupan sebagai sebuah keluarga demi kebaikan anak- anak mereka.

Diana turut memaklumkan beliau tidak mendapat kasih sayang seorang ayah sewaktu membesar dan atas faktor itu juga dirinya tidak mahu anak- anaknya turut menerima nasib serupa.

Sumber: ig lofa.page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Trending